Pada hari ini , Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dengan kuatkuasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang ditandatangani pada 21hb.lanuari, 1948. Persekutuan ini mengandungi 9 buah negeri Melayu iaitu Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Trengganu dan Kelantan; dan Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu ini adalah hasil dari tentangan hebat orang-orang Melayu di bawah pimpinan Dato' Onn Bin Jaafar terhadap Malayan Union yang ditubuhkan pada lhb April, 1946 tetapi terpaksa dibubarkan pada 21hbjanuari, 1948. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ini diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa-kuasa eksekutif dengan dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.
Constitution, Federation Of Malaya (1948)
2. DR MAHATHIR ISYTIHAR PUTRAJAYA SEBAGAI WILAYAH PERSEKUTUAN [2001]
Pada hari ini , YAB Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad telah mengisytiharkan secara rasmi Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan di majlis yang diadakan di Dataran Perdana Putrajaya. Pengisytiharan itu menjadikan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan yang ketiga di negara ini selepas Kuala Lumpur dan Labuan. Selain itu, ia mencatat sejarah kepada pembangunan negara apabila menjadi pusat pentadbiran negara yang baru secara rasmi. Putrajaya yang mengabadikan jasa dan kenangan terhadap Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj itu dibina dengan ciri-ciri kemajuan yang dihasratkan oleh negara untuk memacu ke arah kemajuan yang melewati rangka Wawasan 2020.
3. PELANCARAN UNIT BERKUDA DBKL [1989]
Pada hari ini , Datuk Bandar, Dato’ Elyas Omar, telah melancarkan dengan rasminya Unit Berkuasa Direktorat Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Pelancaran itu adalah sempena sambutan ulang tahun ke-15 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di Taman Tasik Bandar Tun Razak. Penubuhan Unit Berkuda Direktorat Penguatkuasaan DBKL adalah idea Datuk Bandar sendiri yang telah dicadangkan pada tahun 1985, seterusnya berjaya ditubuhkan pada tahun 1988.
4. PERISYTIHARAN BANDARAYA KUALA LUMPUR [1972]
Pada hari ini , Kuala Lumpur dengan rasminya diisytiharkan sebagai bertaraf sebagai Bandaraya. Perisytiharan ini dibacakan oleh Menteri Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Ong Kee Hui dalam satu majlis yang berlangsung di Bangunan Parlimen. eristiwa pengisytiharan penganugerahan taraf Bandaraya ini amat besar maknanya, buat pertama kali dalam sejarah negara sejak negara mencapai kemerdekaan, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan memberikan penganugerahan tersebut.
5 .PERASMIAN BANDAR TUN RAZAK, CHERAS [1982]
Pada hari ini , Bandar Tun Razak Cheras telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Bandar Tun Razak yang terletak kira-kira 7.2 kilometer dari bandaraya Kuala Lumpur dulunya dikenali sebagai Kampung Konggo. Bandar ini dinamakan Bandar Tun Razak adalah mengambil sempena nama bekas Perdana Menteri Malaysia Kedua iaitu Tun Haji Abdul Razak yang juga telah mengilhamkan projek pembangunan bandar ini dalam tahun 1974.
Rujukan : Arkib Negara Malaysia
- Nengrat Zahid -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan