Pada hari ini , Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak melancarkan Projek Mendaki Gunung Everest. Projek ini dikendalikan secara kerjasama di antara Kementerian Belia dan Sukan dengan Persatuan Mendaki Malaysia. Projek Eversest yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir ini bertujuan untuk mendorong rakyat Malaysia berusaha gigih bagi mencapai kejayaan yang gemilang. Pada 23 Mei 1997, dua orang rakyat Malaysia iaitu, M.Magendran dan N.Mohandas telah berjaya menakluki Gunung yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 29,000 kaki di atas paras laut. Ekspedisi Gunung Everest Malaysia ini dianggotai seramai 20 orang peserta dan mendapat liputan harian selama hampir 55 hari oleh RTM.
2. MALAYSIA TURUT MEMBANTU KRISIS KEWANGAN BANGSA-BANGSA BERSATU [1962]
Pada hari ini , Persekutuan Tanah Melayu bersama-sama dengan Amerika Syarikat, Britain, Canada, Denmark, Norway, Finland dan Sweden telah membantu menyelesaikan krisis kewangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Pada ketika itu badan dunia ini sedang menanggung beban hutang yang amat berat akibat dari usahanya untuk menyelesaikan krisis perang saudara di Congo yang menelan belanja sebanyak $30 juta sebulan.Malaysia, sebagai sebuah negara demokratik dan cintakan keamanan yang juga telah menghantar satu Pasukan Tentera Pengaman pada 4hb Oktober, 1960 ke Congo telah membeli bon itu dengan nilai $1,020,000 dalam usahanya membantu menyelesaikan krisis kewangan badan dunia itu.
Malaysia Turut Membantu
Krisis Kewangan Bangsa-Bangsa Bersatu
Pada hari ini , Ketua Pakar Bedah di Unit Rawatan Intensif Jantung, Hospital Universiti Dr. Razalli Hashim telah meninggal dunia dalam usia 40 tahun.Allahyarham telah mengambil daya usaha penting menubuhkan Unit Anesthetik Jantung dan Unit Jantung Bebas di Hospital Universiti bagi menampung kos-kos penyakit jantung. Hasil seterusnya pada 16 Jun 1984 Unit Rawatan Intensif Jantung telah ditubuhkan dan ianya merupakan satu unit rawatan jantung termoden di rantau Asia Tenggara.Sesungguhnya pemergian Allahyarham yang agak terlalu awal pada hari dalam tahun 1987 itu merupakan satu kehilangan besar dalam bidang perubatan sakit jantung di negara ini.
Gambar : Malaysia Turut Membantu Krisis Kewangan Bangsa-Bangsa Bersatu (1962)
Rujukan : Arkib Negara Malaysia
- ZAH -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan