1. PERTEMPURAN JEPUN DENGAN BATALION PERTAMA ASKAR MELAYU DI SINGAPURA [1942]
Pada hari ini , pertempuran yang hebat telah berlaku diantara tentera Jepun dengan Batalion Pertama Askar Melayu di Singapura. Ketumbokan ke 18, tentera Jepun telah melakukan serangan keatas kedudukan pertahanan Askar Melayu di Tebing Pasir Panjang, didalam serangan mereka untuk menawan Pulau Singapura. Pertempuran ini telah berlanjutan hingga kehari berikutnya iaitu pada 14 Februari, dimana pertempuran yang sungguh hebat telah berlaku di kawasan Bukit Candu.Serangan yang hebat oleh tentera Jepun keatas Bukit Candu bermula di waktu petang. Akibat serangan yang hebat ini, sebilangan besar Askar Melayu telah terbunuh termasuk Lt. Adnan yang telah berjuang dengan penuh semangat. Beberapa orang lain telah cedera telah sempat berundur. Diantaranya termasuk Lt. Abbas. Pertempuran yang hebat yang berlaku di antara tentera Jepun dengan Batalion Pertama Askar Melayu di Tebing Pasir Panjang dan di Bukit Candu ini merupakan peristiwa yang tercatit dalam sejarah perjuangan Askar Melayu yang telah berjuang dengan penuh semangat hingga ke titisan darah yang terakhir demi mempertahankan nusa dan bangsa.
2. PERJANJIAN NANING DAN REMBAU DENGAN BELANDA DI MELAKA DIBAHARUI [1680]
Pada hari ini , satu perjanjian di antara Belanda di Melaka dengan Naning dan Rembau telah dibaharui. Ia merupakan perjanjian damai di antara negeri-negeri Melayu dengan kuasa penjajah itu. Sejak Belanda menawan Melaka pada 14 Januari 1641, ia sentiasa diancam oleh Johor, Naning dan Rembau yang masih ingin membela kejatuhan Empayar Melaka itu. Naning dan Rembau yang berhampiran dengan Melaka sering menyerang kubu-kubu Belanda. Walaubagaimanapun serangan-serangan itu dapat dipatahkan oleh pihak Belanda.Pada 24 Julai 1641, Naning dan Rembau terpaksa menandatangani satu perjanjian dengan pemerintah Belanda di Melaka. Dengan termeterainya perjanjian ini Naning dan Rembau mestilah mengiktiraf kedaulatan dan kewibawaan Belanda di Melaka.
3. PERJANJIAN SUMBANGAN KEWANGAN DI ANTARA NEGARA JEPUN DAN MALAYSIA [1981]
Pada hari ini , satu perjanjian mengenai sumbangan kewangan oleh Kerajaan Jepun kepada Malaysia telah termetri di Bilik Perjanjian, Wisma Putra, Kuala Lumpur. alam perjanjian itu, pihak Kerajaan Jepun telah bersetuju untuk menyumbangkan kepada Kerajaan Malaysia sebanyak $70 juta yen iaitu kira-kira $700 ribu Malaysia. Daripada jumlah itu kira-kira $250 ribu diberikan kepada Kementerian Pelajaran untuk membeli peralatan pandang-dengar dan fotografi bagi kegunaan persekolahan. Manakala $450 ribu lagi diberikan kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk membeli alat-alat sukan khususnya bertujuan melatih ahli-ahli sukan negara ini.
Gambar : Pertempuran di bukit Chandu (1942)
Rujukan : Arkib Negara Malaysia
- ZAH -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan