Peribahasa "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi" telah menjadi sebati dalam kehidupan masyrakat Melayu kita, dari dahulu hinggalah sekarang.
Tahukah anda tiada Pagar Makan Padi tetapi Pegar yang makan Padi, kesalahan yang didapati dari perkataan rumi diambil daripada jawi. Kesalahan kita sendiri. Tidak masuk akal jika pagar yang memakan padi, betul tak?
هارڤکن ڤݢر، ڤݢر ماکن ڤادي
Pegar adalah sejenis burung yang dibela oleh pesawah untuk menjaga sawah padi mereka drpd ancaman haiwan-haiwan perosak seperti serangga, tikus dan sebagainya. Maksud peribahasa ini ialah burung pegar yg diharapkan utk menjaga sawah padi tidak boleh diharap kerana bertindak memakan padi milik tuannya.
Burung Pegar ialah sejenis burung yang boleh didapati di Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan Sumatera. Nama saintifiknya ialah Lophira ignita. Ia disenaraikan dalam Appendiks III CITES di Malaysia, di mana ia dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 dan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
Ayam Pegar adalah ayam yang memiliki bentuk mirip perpaduan antara ayam dan kalkun dipercayai berasal dari Tibet dan wilayah barat China. Meski habitat aslinya di daerah dingin, ayam ini ternyata boleh dipelihara dan dikembang biakkan di kawasan yang beriklim tropis. Bahkan daya tahannya terhadap penyakit relatif lebih bagus daripada jenis ayam lainnya.
Ayam Pegar bersaiz antara 55 hingga 70 cm panjang, dengan panjang ekor 15-30 cm. Berat badannya antara 1.6 kg hingga 2.6 kg. Burung jantan lebih besar daripada burung betina. Kedua-dua jantina juga boleh dikenalpasti melalui jambul dan kulit muka berwarna biru.
Ia boleh dijumpai di hutan tanah pamah kecuali hutan paya gambut.
Perlu di ingat dari dulu sampai sekarang mana ada pesawah pagarkan bendang mereka baik di Malaysia, Indonesia, China, India, Turkey, Jepun mahu pun Indo China, Thailand atau Myanmar. Pegar juga adalah sejenis burung yg digunakan untuk menghalau burung lain.
Biasanya setiap peribahasa yang dicipta oleh masyarakat Melayu dahulukala berkait rapat dengan unsur alam yang terdapat di sekeliling mereka serta kejadian-kejadian yang berlaku yang kemudiannya dijadikan bahan perbandingan, sindiran, pendidikan dan sebagainya. Contohnya, apabila mereka melihat situasi bulan purnama yang dipagari bintang yang cantik pemandangannya, maka apabila hendak menyatakan kecantikan seseorang perempuan, lahirlah peribahasa 'bagai bulan dipagari bintang' untuk menggambarkan kecantikan seseorang perempuan.
Kemusykilan yang timbul di sini, benarkah orang dahulukala berpendapat atau melihat peristiwa pagar, iaitu benda yang tidak bernyawa itu boleh memakan padi ? Apakah tiada benda atau unsur alam lain yang boleh menggantikan kata 'pagar'dalam peribahasa tersebut. Atau adakah mungkin generasi kita yang silap memahami peribahasa yang diungkapkan mereka. Atau mungkinkah kata 'pagar' itu sebenarnya 'pegar' yang diungkapkan mereka?
Merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, pada muka surat 1189, perkataan 'pegar' bermaksud ayam atau sejenis burung tatera. Jadi, jika pegar itu ialah sejenis burung, maka adalah lebih sesuai kerana memang sifat seekor burung yang gemar memakan bijiran seperti padi. Tidak seperti 'pagar', manakan boleh memakan padi.
Peribahasa ini sering kita gunakan untuk menggambarkan keadaan seseorang yang diharap atau menjadi harapan kita, telah mengkhianati kita. Peribahasa ini juga membawa maksud ketidakjujuran seseorang yang diberikan tugas atau amanah untuk menjalankan sesuatu tanggungjawab.